Monday, July 14, 2014

8 Sikap Kejam Wanita Terhadap Lelaki



Bila bercerita tentang sikap dan perilaku kejam dalam sesebuah hubungan asmara,ternyata yang sering dipersalahkan adalah kaum lelaki.Namun,percaya atau tidak sebenarnya wanita juga seringkali berlaku kejam terhadap lelaki.

Berikut ini dipaparkan 8 sikap kejam yang seringkali dilakukan oleh wanita untuk mempermainkan ego dan emosi kaum lelaki.

1)Menimbulkan Cemburu

Sengaja keluar dan berpoya-poya dengan lelaki lain adalah hal yang kerap digunakan wanita untuk membuat kekasihnya cemburu.Alasannya untuk mengajar kekasih yang jarang memberikan perhatian dan kasih sayang.Memang apa yang dilakukan tidak salah asalkan tahu batasan dan tahu bila untuk berhenti.

2)Menguji

Tidak kurang juga wanita yang suka menguji pasangannya dengan alasan mahu melihat sekuat mana cinta kekasih hinggakan kadang-kadang cara yang digunakan tidak masuk akal dan memberikan tekanan.Contohnya wanita suka memaksa si kekasih mengikuti kemahuannya seperti menemani membeli belah sedangkan mengetahui si dia mempunyai agenda penting dan telah pun berjanji dengan rakan-rakan terlebih dulu.

3)Mengkritik

Lelaki mana yang suka dikritik apalagi oleh kekasih sendiri.Tambahan jika ianya dilakukan di depan umum.Hal tersebut benar-benar boleh menghancurkan harga dirinya.

4)Melakukan Kekerasan Fizikal

Sesetengah wanita kadangkala menganggap melakukan kekerasan fizikal terhadap lelaki seperti memukul atau menampar bukan sesuatu yang salah kerana yakin kekasihnya terlalu baik untuk membalas kekerasan tersebut.

5)Ambil Kesempatan

Sesetengah wanita juga sering menggunakan ketertarikan lelaki sebagai asas demi kepentingan dan manfaat peribadi seperti fasiliti pengangkutan pergi balik,hang out percuma dan lain-lain walaupun dirinya tidak pun tertarik dengan lelaki tersebut.Setelah bersenang-senang sedikit,si lelaki ditinggalkan.

6)Memanipulasi

Menyedari lelaki mudah menjadi salah tingkah bila melihat wanita menangis,sesetengah wanita sengaja memanipulasi kelemahan lelaki ini untuk memaksa lelaki secara halus bagi memenuhi keinginannya.Kadangkala tangisan sengaja dilanjut-lanjutkan kerana tahu lelaki sanggup melakukan apa saja demi menghentikan tangisan si wanita.

7)Berbohong

Samada sengaja atau pun sebagai satu cara melepaskan diri,ada wanita yang membohongi lelaki.Misalnya bila ada lelaki yang tidak menarik hatinya meminta nombor telefon,wanita biasanya sengaja memberikan nombor yang tidak betul.Atau jika pun betul,bila si lelaki menghubungi,wanita itu tidak akan menjawab atau pun sengaja meminta orang lain yang bercakap dan memberikan alasan.

8)Merahsiakan Status

Paling mengecewakan lelaki apabila wanita yang selama ini dikejar dan dipuja-puja sebenarnya telah memiliki kekasih.Sedangkan ketika proses perkenalan si wanita menampakkan dirinya sebagai seorang yang masih single dan melayan mesra setiap sikap mahu pun rayuan manis lelaki.

No comments:

Post a Comment