Tuesday, August 26, 2014

10 Ciri Lelaki Yang Sedang Jatuh Cinta


1. Memberikan lebih perhatian.

Si jejaka akan memberikan perhatian yang lebih terhadap kamu berbanding orang-orang lain. Bertanyalah, kebiasaannya, rakan rakan kamu akan lebih terasa situasi ini daripada kamu sendiri. kerna mereka memerhatikan kamu. Dikala kamu sakit, siapa yang menjadi orang pertama yang berada disisimu, bertanya khabar atau ingin membantumu.

2. Meluangkan masa untuk kamu.

Si jejaka yang mencintai kamu selalu ingin sentiasa berada dekat dengan kamu. Hal ini jelas terlihat. Pagi petang siang malam sidia asyik ingin bersamamu. Adakah kamu masih lagi tidak sedar?

3. Menerima kamu seadanya.

Lelaki yang mencintai kamu selalunya menerima kamu seadanya. Tak kisah lah kamu gemuk ke, berbau ke, ataupun tidak cantik di mata orang lain, dia tetap menerima kamu dan tidak pernah cuba menyuarakan apa apa tentang kamu untuk mengubahnya.

4. Lebih romantis terhadap kamu.

Orang yang sedang jatuh cinta sama kamu, dia pasti akan lebih romantis bersama kamu. Dia mungkin pernah akan mengirimkan sms seperti “Selamat pagi”, “Selamat malam”, “Sweet dream”. Kelakarnya, bersama teman temannya, dia berbahasa “aku ko” dan terus tertukar “saya awak” apabila bersama kamu.

5. Ingin mengetahui segalanya tentang kamu.

Si lelaki itu selalu ingin mengetahui kegiatan kamu seharian. “Makan apa hari ini?” atau mungkin “Buat apa hari ini?”. Semuanya itu tentang kamu yang dia ingin tahu, secara terus bertanya, atau melalui teman temanmu.

6. Selalu mengingati hal-hal kecil tentang kamu.

Lelaki yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata kata yang kamu ucapkan bahkan mungkin kamu sendiri lupa pernah katakan kepada dia. Tapi dia akan sentiasa ingat akan hal hal kecil yang kamu katakan mahupun lakukan.

7. Selalu menganggap kamu adalah satu satunya wanita yang hanya untuknya.

Lelaki tidak akan mendekati perempuan lain jikalau dia sedang jatuh cinta terhadap kamu. Lelaki yang melirik perempuan lain tidak mungkin sedang jatuh cinta, lelaki itu sebenarnya keliru ataupun menipu. Setiap kali dia ingin keluar makan, dia selalu menelefon kamu, mengajak kamu. SMS dari kamu selalu dia akan simpan dan akan memadam sebarang SMS dari orang lain jika inbox dia sudah penuh.

8. Tidak akan mudah menjanjikan sesuatu kepada kamu.

Lelaki yang mencintai kamu tidak akan mudah untuk membuat janji. Jika dia tidak yakin akan sesuatu, dia tidak akan begitu mudah untuk menjanjikannya. Bukan kerana dia adalah lelaki yang tidak boleh dipercayai, tapi dia ingin kamu mempercayainya. Dia sedang berhati-hati supaya tidak mengecewakan kamu.

9. Tidak akan mahu menyusahkan kamu.

Kamu sedang memerlukan sesuatu, dia akan selalu menawarkan bantuan untuk kamu tanpa kamu minta. Dan jika kamu sedang di dalam kesusahan, dia akan mencari jalan untuk meringankan beban kamu. Dia akan menyuruh kamu supaya tidak risau apapun kerana dia telah memikirkan penyelesaiannya untuk kamu.

10. Tidak punya alasan untuk mencintaimu

Lelaki yang mencintaimu tidak akan begitu mudah menjawab soalan mengapa dia mencintai kamu. Cinta itu bagaikan sesuatu yang tidak dapat dijelaskan dengan kata kata tetapi hanya dapat dirasakan. Kalau dia mengatakan “Kerana kamu cantik!”. Wah, senangnya.. Jangan percaya, jika dia mengatakan hal-hal yang remeh sebegitu, berhati hatilah..

No comments:

Post a Comment