Showing posts with label Petua Kecantikan. Show all posts
Showing posts with label Petua Kecantikan. Show all posts

Saturday, March 26, 2016

16 Petua Islam Untuk Awet Muda



1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

3. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

4. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

5. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

6. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

7. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

8. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

9. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

10. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

11.Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

12.Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

13. Amalkan solat tahajud.

14. Sentiasa tenang dan bersikap positif.

15. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

16. Maafkan semua orang sebelum tidur.

Friday, March 25, 2016

Cantiknya Wanita Ciptaan Allah



Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Kirimkan Firman ini kepada setiap wanita yg anda kenali....

Setiap Wanita itu Cantik...

7 Langkah Yang Betul Membersihkan Muka



Salam 1 Malaysia.

Membersih muka merupakan langkah yang amat penting untuk mendapatkan wajah yang sihat dan ceria. Ianya penting kerana setiap hari muka kita terdedah kepada kuman, kotoran, minyak dan juga bahan kimia dari alat solek yang dipakai. Mengunakan teknik yang betul untuk membersih dapat memastikan muka kita benar-benar bebas dari kotoran tersebut.

Langkah-langkah yang disarankan adalah seperti berikut :

1. Waktu membersihkan muka.

Waktu yang baik untuk membersihakan muka ialah waktu sebelum tido. cuba bersihkan muka kita sebelum tido dengan pencuci muka.. insyaallah keesokan harinya anda mendapat perbezaannya.. kulit lebih segar.

2. Cuci tangan anda terlebih dahulu.

Pastikan tangan anda bersih dari sebarang kotoran dan juga kuman yang boleh berpindah ke muka anda.

3. Lap atau basahkan muka anda dengan air panas.

Air panas digunakan bertujuan untuk membuka pori-pori supaya pembersihan dapat dilakukan dengan lebih mendalam.

4. Gunakan sabun pembersih.

Gunakan sabun pembersih muka yang betul dan sesuai untuk anda. Ianya dapat mengelakan kerosakan pada kulit muka yang sensitif. Usapkan dengan lembut ke seluruh muka.Guna pembersih wajah dan gosokkan perlahan-lahan secara bulatan. [mulakan bwh keatas]

5. Membilas.

Basuh muka anda dengan air sehingga kesan sabun hilang sepenuhnya.

6. Gunakan Toner.

Toner berfungsi membersihkan sisa solekan, kotoran atau minyak yang masih tertinggal setelah mencuci dengan sabun.

7. Lembabkan kulit.

Gunakan produk pelembab untuk menyegarkan semula kulit muka anda. Terdapat juga pelembab muka yang dilengkapi dengan vitamin yang boleh membantu kulit muka anda kelihatan lebih licin dan cantik.

Tuesday, March 15, 2016

3 Sikap Yang Membuatkan Wanita Nampak Hodoh



Pernahkah korang melihat wanita yang terlalu cantik, sempurna segala zahirnya, anggun bergaya dengan kosmetik dan perhiasannya bak supermodel? Bukan hanya lelaki yang suka memandang, bahkan sesama perempuan juga tertarik melihat penampilan yang sedap dipandang. Tetapi sayangnya, setelah korang mengenali hati budinya, dia sungguh berbeza luaran dan dalaman. Luaran amat memukau, manakala dalaman pula sungguh memeranjatkan!

Lelaki yang hidung belang memang tidak ambil kisah tentang keperibadian seorang wanita. Apa yang penting buat mereka adalah seksi dan boleh memuaskan nafsu keji mereka. Tetapi, lelaki sejati yang beriman tidak akan sanggup mengambil isteri seorang wanita yang jahil, busuk hati dan kesat lidah sebagai pendamping hidup.

Ada pula yang mengambil risiko cuba-cuba untuk nasib, manalah tahu si jelita ini boleh berubah perangainya suatu hari nanti, tapi nahas pula yang diperolehi, habis beribu ringgit melabur supaya isteri berubah, tetapi tidak juga berhasil usaha untuk ‘turn over’ hati dan sikapnya.

Setiap wanita yang dilahirkan dalam keadaan sempurna jasmaninya, jangan berpuas hati dahulu sebelum menilai kelemahan yang tersembunyi dari pandangan orang lain. Jika korang (wanita) memiliki tiga sifat berikut ini, baik berhati-hati kerana setiap lelaki yang mengenali mungkin akan lari meninggalkan korang

1) Jahil

Dunia semakin maju, teknologi dan informasi terkini telah pun tersebar dengan pesat dan cepat. Wanita dulu dan sekarang jauh berbeza, tetapi yang tidak pernah berubah adalah kefahaman agama yang mesti dipegang dengan kuat, seiring beredarnya masa menuju akhir zaman yang semakin mencabar.

Jahil tentang ilmu dunia dan akhirat adalah kelemahan yang membuat korang nampak hodoh. Hanya ilmu yang boleh mengangkat status seseorang dan merubah sejarah hidup manusia. Ilmu dunia jika tidak diiringi dengan ilmu akhirat (agama) akan pincang.

Wanita yang mempunyai kelulusan dalam bidang perubatan, ekonomi, sosiologi, antropologi, politik, sains dan lain-lain akan tersesat tanpa bimbingan ilmu agama yang sahih. Inikan pula wanita yang tidak tahu apa-apa selain kosmetik dan butik, jadi hendak ke mana dibawa anak-anak yang lahir dari rahim mereka ini?

2) Buta hati

Cantik paras rupa tetapi buta hati. Tidak akan selamat sesiapa pun yang mendampingi wanita sebegini. Hati merupakan pusat tenaga pada diri manusia. Jika baik hatinya maka baiklah amalannya dan begitulah sebaliknya. Mengapa sibuk mandi aura bunga-bungaan sebagai pembangkit tenaga dalaman tetapi hati pula dibiarkan busuk dan bernanah.

Apakah yang menyebabkan hati sakit?

i) Tidak mengenal Allah dan Rasul dengan sebenarnya

Jalan mengenal Allah dan Rasul adalah dengan mempelajari al-Quran dan hadis. Bukan setakat dibaca tapi dikaji, difahami, diamalkan dn diperjuangkan. Kalau pergi ke pusat rawatan kecantikan atau salun pasti waktu habis dua tiga jam untuk satu sesi, mengapa pula jika belajar agama tiada masa dan asyik memberi alasan ‘sibuk’?

Hati yang tidak disentuh ayat-ayat Allah dan ilmu-Nya, semakin lama akan menjadi semakin kotor, sakit dan tenat kerana tabiat hati diciptakan Allah SWT memerlukan makanan. Makanan hati adalah al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

ii) Terlalu berlebihan dalam perkara mubah

Banyak makan, tidur, sibuk dengan hiburan, permainan, shopping, menghias rumah berlebih-lebihan, sibuk bersenam dan berubat mengalahkan kewajipan sembahyang. Tidak tahu mana prioriti dalam kehidupan. Hal ini boleh merosakkan hati.

Agama tidak melarang manusia bersenang-senang, tetapi hidup ini mesti seimbang antara dunia dan akhirat. Jika setiap hari keletihan akibat mengikut segala kemahuan hawa nafsu sehingga tidak larat untuk beribadah, tentu keadaan sebegini akan menyebabkan seseorang menjadi lalai. Jika sudah lalai, hati menjadi keras dan kotor, tidak mampu membezakan yang baik dan buruk dalam perbuatannya.

iii) Menjadikan syaitan sebagai teman akrab

Amat berbahaya jika syaitan duduk dalam hati manusia. Meniupkan angin dengki, prasangka buruk, dendam amarah, riak dan sombong. Jangan biarkan syaitan masuk ke pintu hati kita dan menebarkan racun-racunnya. Berlindunglah kepada Allah SWT daripada gangguannya. Hati yang sakit melahirkan perangai-perangai yang gila, menyusahkan diri dan orang lain. Tidak ada wanita yang lebih hodoh dari si pendengki, pencemburu buta dan pendendam. Maka waspadalah!

3) Kasar lidah

Kehodohan yang paling ketara adalah ketika seorang wanita melepaskan panahan lidahnya. Tajam menusuk hati orang yang mendengar, menyebabkan siapapun enggan bersahabat dengannya. Suami menghindari, anak-anak lari, jiran dan handai taulan menutup diri tidak mahu berhubungan dengan wanita yang tidak pandai menjaga lidahnya.

Mengumpat, memfitnah dan mencaci telah sebati dalam dirinya. Al-Quran telah memberi amaran seksa bagi orang yang mengumpat saudaranya yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka (kecurigaan), kerana sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.”

- (Surah al-Hujurat ayat 12)

Sesungguhnya jahil, buta hati dan kasar lidah adalah sehina-hina perangai yang dibenci makhluk apatah lagi Allah Taala yang Maha Suci. Kecantikan perlu diusahakan dan dicari, maka berhiaslah dan berubatlah untuk kecantikan zahir dan batin.

Penulis Asal : Dr Hj Juanda Jaya

Tuesday, February 23, 2016

5 Rahsia Kecantikan Neelofa Yang Wajib Anda Tahu



Wanita mana yang tidak mencemburui kecantikan yang di miliki oleh gadis cantik bernama Noor Neelofa. Bukan sahaja cantik, malah orangnya cukup rajin dan berdedikasi. Perniagaan tudungnya sahaja mendapat keuntungan RM50 juta pada tahun lalu.

Gadis kelahiran Kelantan ini memang cukup prihatin tentang soal kecantikan dan kesihatan. Pasti ramai yang tertanya-tanya apa rahsia wanita ini kekal cantik walaupun sibuk dengan perniagaan dan pengacaraan. Ada masa ke untuk diri sendiri?

1. Banyak minum air masak

Saya amalkannya sejak 2009 dan waktu itu saya sedang berusaha untuk turunkan berat badan. Bila tekak kita dah biasa dengan air kosong kita rasa dah tak nak minum air lain, anda akan rasa bahawa air kosong itu sangat refreshing.

2. Gunakan minyak argan untuk rambut sihat

Saya tidak mempunyai masa untuk ke salun. Saya menggunakan rawatan minyak argan agar akar rambut lembap dan sihat.

3. Penjagaan kulit & pengambilan supplement sangat penting

Saya menggunakan banyak alat solek, jadi saya memastikan setiap kali habis kerja, saya akan mencuci muka dengan cleansing oil dan saya juga mengambil supplement.

4. Amalkan mandi ais untuk tulang & kulit

Saya amalkan rawatan mandi ais. Baldi berisi air dan ais yang sejuk, kemudian saya akan mandi dari hujung kaki sehingga ke kepala. Rawatan ini membantu menguatkan tulang dan kulit serta mengurangkan penyakit. Kulit nampak berbeza selepas rawatan dan nampak segar walaupun tidak mengenakan solekan.

5. Bersenam tiga hingga empat kali seminggu

Selain bersenam di gim, saya suka bermain badminton, berenang dan kick boxing. Saya akan melakukan semua senaman ini sekurang-kurangnya tiga atau empat kali seminggu.

Wednesday, January 27, 2016

Mengapa Wanita Lebih Mudah Gemuk Bila Dah Berkahwin



Memang pelik, kebanyakan wanita lebih senang menjaga bentuk tubuh ketika solo, namun sebaliknya selepas berkahwin, cenderung menjadi lebih gemuk. Setuju?

Pening juga, nak buat macam-macam untuk kuruskan badan. Sebelum itu, kenalah tahu kenapa wanita senang menjadi gemuk selepas berkahwin?

1. Makan bersama suami

Lelaki walaupun makan banyak tapi pergerakan mereka lebih cepat dan banyak, oleh itu melambatkan mereka naik berat badan berbanding wanita.

Selain itu, selepas berkahwin wanita selalu gagal berdiet kerana terpaksa menemani suaminya makan. Iyalah, tak sampai hati biarkan si dia berseorang. Bukan begitu?

2. Persiapan perkahwinan

Sibuk dengan persiapan untuk perkahwinan boleh menyebabkan wanita kurang makan, kurang waktu tidur dan sebagainya. Hasilnya, badan lebih kurus dan langsing berbanding waktu bahagia selepas berkahwin.

3. Waktu di dapur

Ini memang faktor utama. Bila sudah berkahwin, kaum wanita banyak menghabiskan masa di dapur. Risiko untuk makan lebih banyak pun menjadi tinggi. Jadi, kena kurangkan makan-makan curi ketika memasak ya.

Wednesday, November 18, 2015

Minuman Yang Turunkan 5 Kg Dalam 5 Hari



Berat badan bertambah merupakan satu masalah yang sangat berat yang dihadapi setiap orang. Tak hanya mengganggu penampilan, berat badan berlebihan ternyata juga meningkatkan risiko terkena pelbagai penyakit seperti jantung, buah pinggang, hati, peparu dan lain-lain lagi.

Jadi, apa yang perlu anda lakukan? Bersenam merupakan salah satu penyelesaian yang terbaik. Namun, ia juga harus diimbangi dengan pola hidup sihat. Bagi para wanita yang ingin menurunkan berat badan dengan cepat, ini Wanista kongsikan rahsianya.

Rahsianya adalah resepi jus sihat yang hanya dibuat 5 minit sahaja dan boleh menurunkan berat badan sehingga 5 kg dalam masa 5 hari sahaja. Fuiyooo!! Betul ke? Nak tahu, kenalah cuba!



Bahan-bahan:

-60 gram daun ketumbar, dicincang

-1 biji lemon

-4 cawan air

Cara membuatnya:

Perah lemon, tambahkan daun ketumbar dan juga air, kacau sehingga rata.

Untuk hasil terbaik, anda harus minum jus ini dalam keadaan perut kosong selama 5 hari berturut-turut. Ketumbar akan melancarkan sistem pencernaan dan juga menguatkan sistem ketebalan tubuh. Selain itu, ketumbar merupakan diuretik semulajadi yang membersihkan aliran darah. Lemon sendiri mempunyai banyak sekali manfaat bagi tubuh dan boleh mengawal tekanan darah dan juga menangkis radikal bebas yang mempengaruhi tubuh manusia.

Thursday, April 30, 2015

Petua Mudah Menghilangkan Kesan Hitam di Ketiak Dan Leher



Kita selalu dengar rungutan orang yang mengalami masalah ketiak hitam, ataupun kawasan leher dan celah peha. Kawasan-kawasan yang terselindung ini mudah meninggalkan kesan hitam akibat kurang mendapat udara atau kerana penggunaan krim yang kurang sesuai.

Okay. Sebelum tahu cara nak hilangkan kesan hitam di bawah ketiak, celah peha dan juga leher, kita harus ketahui mengapakah kawasan-kawasan yang disebutkan tadi hitam?

Sebab-sebab berlaku kesan hitam di celah ketiak, leher dan peha:

1. Deodoran yang tidak sesuai serta penggunaan tidak tepat antara punca berlakunya masalah ketiak
    hitam dan tona kulit tidak sekata. Bagi yang mempunyai kulit sensitif, kandungan di dalam
    deodoran boleh menyebabkan masalah kulit seperti merengsa dan sebagainya. Sisa deodoran yang
    tidak dibersihkan dan bercampur dengan peluh dikhuatiri mengundang bakteria dan menyebabkan
    ketika menjadi hitam.

2. Ia juga disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik contohnya ketika hamil.

3. Kaedah bercukur yang tidak betul akan menyebabkan kulit terluka dan meninggalkan parut.

4. Penggunaan alat pencukur yang tidak bersih dikatakan juga faktor yang menggalakkan pembiakan
    bakteria dan ketiak menjadi gelap.

5. Selain itu, pakaian yang ketat terutama di bahagian lengan dikenal pasti antara penyebab ketiak
    menjadi gelap. Pergeseran antara ketiak dan baju membuatkan bahagian ini tidak selesa.

Petua Hilangkan Kesan Hitam Di Ketiak, Leher Dan Celah Peha Secara Tradisional

1. Kapur sireh dan sebiji limau nipis

Cara-Caranya:

Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di bawah ketiak dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan air bersih. Lakukannya selepas mandi dan amalkan setiap hari selama seminggu, kemudian ulang selang sehari pada minggu berikutnya. Iaitu lakukan tiga kali seminggu.

Insya Allah, bukan setakat kesan hitam akan berkurangan, ketiak pun tidak berbau lagi. Boleh juga disapukan di kawasan leher dan celah peha. Mungkin ada rasa panas sedikit tetapi tidaklah melukakan kulit kita.

2. Buah betik

Buah betik juga boleh menghilangkan kesan hitam di bawah ketiak. Caranya, parut buah betik yang hampir masak sehingga halus. Letakkan ramuan ini di ketiak selepas anda mandi dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air, lakukan secara kerap, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.

3. Sirih dan beras

Kisar segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih dan beras tadi ke seluruh tubuh badan terutama di bahagian ketiak dan celah paha. Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan. Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan kesan hitam.

Semoga apa yang dikongsikan tentang cara-cara hilangkan kesan hitam di celah peha, ketiak dan leher dapat memberikan manfaat kepada semua. Untuk mendapatkan pelbagai lagi rahsia cantik dalaman dan luaran, anda boleh baca koleksi petua di blog ini.

Tuesday, January 21, 2014

7 Ciri - Ciri Wanita Cantik



1) Melukis kekuatan Melalui Masalah

Seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya. Sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2) Tersenyum Saat Tertekan

Percaya atau tidak kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.Kenapa? kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya. Alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3) Tertawa Saat Hati Sedang Menangis

Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya. Tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4) Tabah di Saat Terhina

Setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang. Ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5) Mempersonakan Kerana Memaafkan

Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu. Namun bagi seorang wanita yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya. Kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah. Subhanallah.

6) Mengasihi Tanpa Balasan

Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.

Kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus. Malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7) Bertambah Kuat Dalam Doa dan Pengharapan Ilahi

Dia hanya berharap kepada YANG ESA dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.

Wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. Suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.